G.Shanmugam dilantik sebagai CEO baharu Institut Akauntan Malaysia

LocalBusiness & Finance
2 Sep 2025 • 2:48 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

G.Shanmugam dilantik sebagai CEO baharu Institut Akauntan Malaysia

image is not available

02/09/2025 - 14:48

G.Shanmugam Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 2 Sept – Institut Akauntan Malaysia (MIA) telah melantik G. Shanmugam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 September 2025.

Beliau mula memangku jawatan CEO sejak Mac lalu, menggantikan Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak yang telah menamatkan tempoh kontrak perkhidmatannya.

Presiden MIA, Datuk Seri Dr. Mohamad Zabidi Ahmad berkata, kepimpinan G. Shanmugam diyakini akan terus memacu pertumbuhan institut tersebut.

“MIA mengharapkan sokongan berterusan daripada semua pihak berkepentingan sepanjang kami membangunkan dan mengawal selia profesion ini.

“MIA akan terus menjaga kepentingan awam, serta memastikan kepentingannya tetap relevan demi pembinaan negara pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Sebelum ini, Shanmugam berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif bagi strategi dan pembangunan yang menyelia strategi, sistem, kaedah, komunikasi, penjenamaan serta pembangunan MIA.

Sepanjang berkhidmat, beliau telah menyumbang dalam merangka pelan strategik dan operasi MIA, menguruskan semakan prestasi dan pelaporan dan memperkukuh komunikasi untuk masa depan profesion lebih relevan.

Berasal daripada latar belakang akauntan pengurusan, beliau berjaya menceburi pembangunan profesional apabila menyertai MIA pada 2007.

Beliau mampu menggabungkan pengalaman dalam pengurusan kewangan, perancangan strategik, perundingan dan latihan untuk memperkenalkan nilai tambah baharu yang telah membawa perubahan positif kepada perniagaan latihan dan pembangunan MIA dalam menyokong profesion akauntan.

Di bawah kepimpinannya juga, MIA telah berjaya melakukan banyak tranformasi dan mengembangkan aktiviti pembangunan profesional dengan pelbagai tawaran produk, memanfaatkan model perniagaan baharu dan kerjasama pintar dengan pihak berkepentingan untuk menyampaikan kandungan yang relevan dan proaktif. - DagangNews.com

standard