G20 perlu semak semula perdagangan China

WorldBusiness & Finance
1 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: G20 perlu semak semula perdagangan China

ASHEVILLE: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent, akan menggesa anggota Kumpulan 20 (G20) menilai semula hubungan perdagangan dengan China dalam usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi global.

Beliau turut mendesak Beijing mengurangkan kebergantungan terhadap eksport dan memberi lebih tumpuan kepada penggunaan domestik.

Bessent berkata, peningkatan eksport China ketika ini tidak mampan, walaupun kedudukan perdagangan langsung AS dengan negara itu semakin bertambah baik dengan pesat.

“Dunia tidak boleh berdepan China yang mencatat lebihan perdagangan AS$1.2 trilion (RM4.8 trilion). 

“Ekonomi China agak lemah dan mereka cuba mengatasi keadaan itu dengan meningkatkan eksport, sedangkan mereka perlu mengimbangi semula ekonomi,” katanya dalam temu bual menjelang mesyuarat pemimpin kewangan G20.

Usaha Bessent untuk menggerakkan tindak balas perdagangan bersama terhadap China dibuat ketika beberapa kekalahan undang-undang memaksa AS merangka semula dasar tarifnya.

Dasar tarif berkenaan sebelum ini berjaya mengurangkan import AS dari China, namun pada masa sama menyebabkan peningkatan kemasukan barangan China ke pasaran lain, khususnya Eropah dan Amerika Latin.

AS turut mengehadkan kemasukan banyak produk China ke pasaran domestiknya melalui tarif tinggi serta larangan terhadap beberapa barangan China, termasuk kenderaan.

Bessent berkata, beliau sudah memberi amaran kepada ekonomi perindustrian lain pada 2025 mereka akan berdepan tekanan susulan lonjakan import dari China.

Menurutnya, negara lain perlu memberikan insentif kepada China untuk mengurangkan kebergantungan terhadap eksport serta memperkukuh permintaan domestiknya yang sekian lama lemah.

“Negara-negara lain di dunia perlu menilai semula terma perdagangan mereka dengan China,” kata Bessent.

AS turut menggesa G20 mencapai kenyataan bersama bagi mengurangkan ketidakseimbangan perdagangan dan akaun semasa antara negara anggota.- AGENSI

 

The post G20 perlu semak semula perdagangan China appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved