
WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengumumkan tarif sehingga 100 peratus ke atas import dron tanpa pemandu dan komponennya bagi mengurangkan kebergantungan Amerika Syarikat(AS) terhadap import dalam industri yang didominasi oleh China.
Trump mewajarkan keputusan itu semalam atas alasan keselamatan negara, demikian menurut kenyataan White House.
Dron dengan berat berlepas melebihi 25 kilogram dan dilengkapi keupayaan keselamatan negara seperti kamera terma dan stesen dok akan dikenakan tarif 100 peratus.
Dron yang lebih kecil pula berdepan tarif 25 peratus.
Kenyataan sama menyebut, tarif yang dikenakan akan ‘menggalakkan peningkatan pengeluaran domestik’ untuk dron serta komponennya sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada rantaian bekalan asing.
Sebahagian besar tarif baharu itu akan mula berkuat kuasa pada 3 September ini.
“Tarif ini benar-benar menyasarkan dron industri dan komersial serta pada tahap lebih kecil, dron yang digunakan oleh peminat hobi,” kata penganalisis tempatan, Clayton Swope kepada
Syarikat dari China, DJI yang ditubuhkan pada 2006 menguasai lebih dua pertiga pasaran dron global sejak beberapa tahun lalu, demikian menurut beberapa kajian. – AFP
The post Trump umum tarif 100 peratus ke atas dron import appeared first on Kosmo Digital.




