Gadis 15 tahun ditemui rentung

15 May 2024 • 4:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran pada pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, mayat mangsa ditemui di ruang tamu tingkat bawah rumah di Kg Lasing selepas kebakaran 1.30 pagi itu dipadamkan oleh anggota bomba.

Katanya, rumah separuh kekal itu hangus sepenuhnya.

“Kami menerima panggilan melalui talian MERS999 pada 1.36 pagi dan lapan anggota bomba diketuai komander operasi Becket Gumat bergegas ke lokasi,” katanya.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Apabila tiba di lokasi 3km dari balai, operasi dijalankan membabitkan satu aliran 400 kaki dengan dua pancutan dari tangki jentera. Kebakaran dikawal pada 2.55 pagi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata Ridwan, menambah operasi ditamatkan pada jam 4.26 pagi selepas pihaknya memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Menurut Ridwan, untuk sebarang kecemasan bomba atau perkhidmatan khas, orang ramai boleh menghubungi Bomba Ranau di talian 24 jam (088-878779), talian hotline 019-2449348 atau mendail 999.

Beliau berkata, setiap anggota bomba dan penyelamat di daerah ini bersiap siaga terhadap sebarang kejadian kebakaran di daerah ini memandangkan keadaan berisiko tinggi berlaku ketika ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.