Pemandu lori pembancuh simen maut

15 May 2024 • 4:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang pemandu lori pembancuh simen maut selepas tersepit di dalam kenderaan berat itu akibat kemalangan di Jalan Loji Cinta Mata - Jalan Table sekitar jam 9.45 pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa berusia 40an itu berjaya dikeluarkan pasukannya, namun disahkan meninggal dunia.

Menurutnya, kemalangan itu dipercayai disebabkan pemandu tersebut hilang kawalan kenderaannya sehingga terbalik di bahu jalan.

Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 9.53 pagi menerusi MERS999.

“Sepasukan lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi sejauh 20 kilometer (km) dari BBP Tawau bersama dua jentera,” katanya.

Operasi ditamatkan jam 11.35 pagi selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.