Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat Sebelah

8 Dec 2023 • 5:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perjalanan Alyssa dalam Universe Ticket Berakhir, Pengunduran Penuh Spekulasi

Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat Sebelah. Alyssa, peserta dari Sabah dalam rancangan Universe Ticket, telah membuat keputusan mengejut dengan mengundurkan diri di episod ketiga. Menurut pihak produksi, pengunduran tersebut berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sesudah keputusannya itu, Alyssa sempat berkongsi pengalamannya dalam siaran langsung di Instagram, namun emosi terbawa hingga beliau tersebak dan menangis. Alyssa memberitahu akan fokus pada pendidikannya selepas ini.

image is not available
Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat Sebelah. Sumber: vocket

Walaupun menarik diri, Alyssa masih berharap untuk terus bergerak aktif dalam industri idola Korea

Meskipun berhenti dari rancangan ini, menurut sumber, Alyssa masih berharap dapat terus berkecimpung aktif dalam industri idola Korea. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang telah memberi sokongan tidak berbelah bagi.

Namun, pengunduran Alyssa telah membangkitkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat dan netizen. Ramai yang berasa sedih dan beranggapan mungkin Alyssa mengundurkan diri kerana kurang diterima oleh rakan-rakan sekumpulannya.

Malah, ada juga yang menduga bahawa pihak produksi rancangan itu berat sebelah, memberikan ‘screen time’ yang lebih sedikit kepada Alyssa berbanding peserta lain. Sebahagian netizen turut berspekulasi bahawa mungkin Alyssa dipaksa untuk mengundurkan diri.

@universeticketrank

I know it supposed to be sad but she makes everyone laugh because she couldn’t find the “end live” button #ALYSSA #universeticket #universeticket_sbs

♬ original sound – Universe Ticket Rank Today – Universe Ticket Rank Today

Walaupun Alyssa telah mengundurkan diri dari Universe Ticket, spekulasi mengenai sebab-sebab sebenar di sebalik keputusannya masih berterusan di kalangan peminat dan netizen.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/nama-tersenarai-masuk-pertandingan-jadi-bintang-kpop-gadis-borneo-ini-tarik-perhatian-ramai/

https://www.iloveborneo.my/penganjur-borneo-sonic-sahkan-4-kpop-idol-antara-lineup-bakal-gegarkan-kuching/