Gadis Melayu Bantu Beri Taklimat Keselamatan Kepada Pelancong Dalam Bahasa Mandarin Raih Pujian [Video]

LocalTravel
24 Oct 2025 • 5:31 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Bahasa merupakan medium komunikasi yang digunakan oleh setiap manusia di seluruh dunia.

Jika ditanya kepada mana-mana individu tentang penguasaan bahasa, pasti ramai yang menyatakan mereka hanya mengetahui dua bahasa sahaja iaitu bahasa ibunda dan bahasa Inggeris.

Namun sejak belakangan ini, ramai yang menyedari kepentingan mempelajari bahasa ketiga lebih-lebih lagi dalam dunia pekerjaan bagi tujuan komunikasi.

Kadangkala, penguasaan bahasa ketiga juga dilihat sebagai kelebihan dan boleh dimanfaatkan untuk membantu orang ramai khususnya pelancong dari luar negara.

Gadis Bantu Pemuda Beri Taklimat Keselamatan Kepada Pelancong Luar Negara

Baru-baru ini, tular di media sosial aksi seorang gadis yang membantu pemuda ketika memberi taklimat keselamatan di Pulau Redang, Terengganu.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @k.mieyyy, kelihatan pemuda berkenaan mendapatkan bantuan daripada gadis itu untuk memberi taklimat kepada pelancong luar yang dipercayai dari China sebelum menjalankan aktiviti snorkelling (selam snorkel).

Apa yang menjadi perhatian adalah kepetahan gadis berkenaan menterjemah penerangan keselamatan loghat Terengganu menjadi Bahasa Mandarin kepada kesemua pelancong tersebut.

Dapat dilihat, gadis berkenaan langsung tidak kekok malah dapat menerangkan prosedur keselamatan yang perlu diikuti pelancong berkenaan sebelum menjalankan aktiviti selaman itu.

Dapat Respon Positif Selepas Beri Penerangan Dalam Bahasa Mandarin

Kedengaran gadis tersebut dapat menerangkan dengan baik mengenai cara pemakaian alat goggles dan cara pernafasan apabila mendapat respon positif daripada kesemua pelancong terbabit.

Difahamkan, gadis itu juga merupakan salah seorang daripada peserta yang menyertai aktiviti snorkelling tersebut.

“Fuhh selamat saya dah tak perlu susah susah nak briefing” tulis pemuda berkenaan di ruang kapsyen.

Tonton video penuh [DI SINI]

Si Gadis Dakwa Tak Pernah Ikuti Kelas Mandarin Tetapi Pergi Ke Sekolah Cina

Kongsi gadis berkenaan di ruangan komen, dia tidak pernah menghadiri mana-mana kelas mandarin untuk belajar bahasa tersebut.

Namun, dia dapat menguasai bahasa itu kerana mengikuti persekolahan di tadika cina, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan setahun di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) sebelum menyambung pengajian di Sekolah Sukan Negeri di Pulau Pinang.

image is not available

Ramai Kagum Dengan Kefasihan Gadis Berbahasa Mandarin

Perkongsian yang telah mendapat lebih 240,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dengan kehebatan gadis berkenaan dalam memberi taklimat dengan lancar menggunakan bahasa mandarin.

Malah, ada yang berseloroh agar pemuda berkenaan memberi bayaran kepada si gadis kerana telah membantunya memeri taklimat kepada pelancong luar negara itu.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Nasib Akak Tu Faham Loghat Terengganu, Nak Translate Lagi, Fuh Power Sis!”

image is not available

“Bagusnya Dia Jadi Translator”

image is not available

“Bang, Jangan Lupa Bagi Akak Tu Elaun Part Time Jadi Translator”

image is not available

Source: