Sempat Peluk & Cium Anak Sebelum Tidur, Lelaki Meninggal Dunia 5 Hari Selepas Pemergian Isteri Tercinta [Video]

LocalFamily & Parenting
24 Oct 2025 • 10:46 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Kehilangan insan tersayang sememangnya amat memeritkan apatah lagi jika mereka pergi secara tiba-tiba.

Walaupun ahli keluarga atau rakan terdekat dilihat tabah menghadapi dugaan sebegitu namun hanya Allah SWT yang tahu apa yang dirasai oleh mereka.

Lebih menyentuh hati, jika pemergian seseorang itu khususnya pasangan suami isteri meninggalkan anak kecil yang kini hilang tempat bergantung.

Pastinya keadaan sebegini akan menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihat lebih-lebih lagi mengenangkan nasib anak kecil yang perlu teruskan hidup tanpa kehadiran ibu bapa tersayang.

Lelaki Sempat Peluk & Cium 2 Anak Pergi Menghadap Illahi

Semalam (23 Oktober), tular di media sosial seorang lelaki yang meninggal dunia beberapa hari selepas pemergian isteri tercinta yang maut akibat kemalangan jalan raya di Bukit Bela, Machang, Kelantan.

Apa yang lebih menyedihkan, lelaki yang dikenali sebagai Allahyarham Nur Ihsan Nordin sempat memeluk dan mencium kedua anak perempuannya yang masing-masing berusia empat dan enam tahun sebelum tidur.

Ihsan yang merupakan pembantu jurutera dan bekerja di Klang, Selangor meninggal dunia di rumahnya yang terletak di Teluk Kandis, Salor, Kelantan kira-kira jam 5.30 pagi semalam (23 Oktober) iaitu sehari selepas dibenarkan keluar daripada hospital pada petang Rabu (22 Oktober).

Menurut ibu saudara Nurihsan, Wan Samira Wan Hussain, apa yang lebih memilukan apabila kedua-dua anak perempuan Nurihsan sempat menyuap bapanya makan sewaktu makan malam bersama.

“Lima hari dirawat di hospital, keadaan Nurihsan menunjukkan tanda positif dan dibenarkan pulang.

“Dia boleh mandi sambil dipapah ke bilik air selain berbual dengan tetamu yang datang menziarah, namun esok paginya, dia meninggal dunia,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Pemergian Nur Ihsan Tak Disangka Keluarga

Tambah Wan Samira, mereka sekeluarga tidak menyangka dengan pemergian Nurihsan kerana lelaki itu hanya mengalami kecederaan pada tulang pinggul.

“Malam tadi (Rabu) selepas keluar hospital, Ise (Nur Ihsan) tidak menunjukkan tanda-tanda ingin ‘pergi’, sebab dia cuba kuat walaupun isterinya telah tiada apabila di depan anak-anak.

“Ise (Ihsan) sempat makan bersama anak, duduk beriba, baring di atas katil dengan anak-anak. Subuh tadi, bapanya mendapati Allahyarham sudah pergi buat selama-lamanya,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Malah bagi Wan Samira, pemergian pasangan suami isteri itu merupakan amat berat buat mereka sekeluarga memandangkan kedua-duanya disifatkan amat baik.

Anak Dah Mula ‘Cari’ Ibu Bapa

Memetik Kosmo, Wan Samira menjelaskan anak Nurihsan kini sudah mula mencari ibu bapa mereka kerana rindu.

“Tengah malam dua beradik itu sembang berdua sambil kata ‘ibu kita dekat syurga dah kan’. Kadang-kadang mereka mencari mungkin sebab terlalu rindu.

“Sekarang anak-anak Nur Ihsan dalam jagaan datuk dan nenek mereka. Mungkin mereka berdua tak faham sepenuhnya lagi bahawa ibu bapa mereka sudah tiada,” jelasnya.

Pasangan Suami Isteri Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Pulang ke Kampung

Pada Sabtu (18 Oktober) lalu, kereta Toyota Vios yang dinaiki Nurihsan dan isterinya, Wan Nur Farahana Wan Hassan bertembung dengan Proton Exora dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11 malam.

Mereka sekeluarga sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Salor, Kelantan dari Klang sempena cuti Deepavali.

Insiden terbabit mengorbankan isterinya yang meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nurihsan patah tulang pinggul dan cedera ringan di paru-paru.

Kedua-dua anak suami isteri itu pula hanya mengalami lebam-lebam ringan.

Malah, pihak keluarga turut diberitahu bahawa Wan Nur Farahana mengandung pada usia awal kehamilan selepas mangsa terkorban.

Satu kemalangan maut berlaku sebentar tadi berhampiran Perumahan PPR, Bukit Belah Machang, Kelantan melibatkan Kereta…

Posted by Kelantan Post on Saturday 18 October 2025

Tiada Ahli Keluarga Yang Tahu Nurihsan & Isteri Pulang Ke Kampung

Jelas Wan Samira lagi, tiada ahli keluarga yang tahu pasangan itu pulang ke kampung kerana Nurihsan memaklumkan dia tidak jadi pulang kerana penat bekerja.

Namun ketika melawat Nurihsan di hospital, lelaki itu ada menceritakan mereka sempat patah balik ke rumah di Klang kerana suis pendingin hawa rumah lupa ditutup.

“Ingat dah tak jadi balik, tapi katanya, Wan Nur Farahana beria-ria mengajak mereka pulang ke kampung.

“Sebelum itu, Nurihsan sempat telefon ibunya memberitahu mereka berada di Gua Musang sebelum keluarga pula terkejut menerima panggilan pihak polis memaklumkan mereka terbabit kemalangan,” jelasnya.

Jenazah Allahyarham Nurihsan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Salor bersebelahan sebelah pusara isterinya.

Yang mengenali anak sedara sya, ihsan nordin, Nurihsan Nordin Jika dia ada hutang atau apa apa yang belom selesai Boleh…

Posted by Wan Samira on Wednesday 22 October 2025

@wansamira

Doa mokteh sentiasa mengiringi ise & farah. Terima kasih jadi orang baik utk semua. Farah & Ise sangat baik. Mokteh sayang kamu berdua.

♬ Bila Tiba – Ungu

Tonton video penuh [DI SINI]

Source: