Gadis suka makan nasi putih tanpa lauk raih perhatian -“Rasa apalah agaknya”

Family & Parenting
16 May 2024 • 1:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Gadis suka makan nasi putih

Usahawan produk kecantikan yang mendedahkan anak perempuannya gemar makan nasi putih tanpa lauk sejak kecil telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh usahawan terbabit di laman TikToknya, dia meluahkan rasa hairan terhadap selera makan anak sulungnya itu yang sangat berbeza dengan orang lain.

Gadis suka makan nasi putih

@attyrasaari

Dari lahir sampai besar panjang, entah bilalah agaknya dia nak makan normal macam orang lain

♬ original sound – Attyra Saari – Attyra Saari

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan anak perempuannya yang anggun memakai persalinan berwarna coklat menikmati juadah nasi putih sebanyak dua kali.

“Dari lahir sampai besar panjang, entah bilalah agaknya dia nak makan normal macam orang lain,” ujarnya.

Gadis suka makan nasi putih

image is not available

image is not available

Netizen tertanya-tanya perasaan makan nasi tanpa lauk!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tabiat yang dimiliki anak usahawan tersebut malah tertanya-tanya perasaan ‘meratah’ nasi putih kosong tanpa sebarang hidangan sampingan.

image is not available image is not available

Ada juga netizen yang suka makan nasi kosong je

Pun begitu, ada segelintir individu memberitahu lebih gemar untuk menjamah nasi kosong seperti anak usahawan tersebut kerana sudah menjadi kebiasaan dan lebih meningkatkan lagi selera makan.

image is not available

Sumber: TikTok @Attyra Saari