Rakan Kongsi ‘Screenshot’ Mesej Di Whatsapp, Umisya Kini Hamil Anak Ketiga? – “Nanti Saya Masak Sedap Untuk Bumil”

Entertainment
13 May 2024 • 2:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Umisya Mazlan, madu kepada Marissa Dania didakwa sedang hamil anak ketiganya bersama Aslam.

Dakwaan itu timbul selepas pempengaruh dan usahawan, Farah Fakhira memuat naik perbualan di antara mereka berdua dan isteri Abang Tesla, Nurmajdina Jamari.

image is not available

 

Mengidam makan Kyochon

Difahamkan, group Whatsapp tersebut hanya mempunyai tiga ahli iaitu Farah, Umisya dan Nurmajdina yang kini berkawan rapat malah telah menunaikan umrah serta bercuti bersama sebelum ini.

Menerusi tangkap layar tersebut, Farah bertanya kepada Misya dan Majdina cadangan menu untuk dimasak olehnya.

Isteri pertama Aslam itu kemudian menjawab dia teringin makan di sebuah restoran ayam goreng Korea terkenal, Kyochon.

image is not available

 

Masih tiada pengesahan

Umisya kemudian memberitahu bahawa dia mengidam kerana keadaannya yang kini mengandung dan Farah kemudian bertanya sekali lagi untuk memastikan dia tidak bergurau.

Haah (hamil)”, kata Umisya.

Bagaimanapun, kesahihan berita hamil itu masih belum terbukti memandangkan tiada pengesahan tentang perkara tersebut daripada Umisya sendiri mahu pun Aslam.

image is not available

image is not available

image is not available 5 days ago

"Bila Perli Tu, Faham-Faham Lah.." - Ditanya Tentang Kemesraan Aslam Dan Marissa, Ini Respon Misya Mazlan