“Gaduh tak baik-baik” – Peguam Syarie Jelaskan Maksud Syiqaq Dalam Kes Penceraian Artis

Entertainment
21 Mar 2023 • 11:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terlalu banyak kes penceraian dalam kalangan artis baru-baru ini, semalam digemparkan pasal kes Diana Danielle berkenaan dengan tuntutan cerai terhadap suaminya iaitu Farid Kamil.

Menurut Harian Metro, permohonan cerai yang dilakukan oleh Diana Danielle itu adalah disebabkan shiqaq pada awal bulan lalu. Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana, bagaimanapun enggan melafazkan cerai di sesi yang berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari.

 

Definisi Shiqaq

Berikutan dengan isu tersebut, seorang peguam Syarie yang dikenali sebagai Atikah ada membuat satu perkongsian berkenaan dengan maksud Shiqaq.

Menurutnya, Shiqaq adalah berlakunya perbalahan yang berpanjangan dalam rumah tangga, bagaimanapun ia bukanlah perbalahan dalam jangka masa pendek yang selalu berlaku kepada kebanyakan pasangan suami isteri tetapi ia seperti perang dingin yang tiada penghujung namun masih dalam ikatan suami isteri.

Ada yang sampai tak tinggal sebumbung dan tinggal berasingan secara berasingan, tidak bertegur sapa dalam jangka masa lama.

“Bukan senang nak baiki rumahtangga yang mempunyai masalah berpanjangan. Sebenarnya suami ada banyak masa untuk pujuk atau membaiki hubungan rumahtangga tapi kalau dah tak dapat juga nak berbaik, sebab tula isteri failkan kes cerai.”

“Sebab isteri terikat dengan status sebagai isteri. Keluar kena minta izin dan kena jalankan tanggungjawab sebgai suami. Biasa isteri filekan cerai sebab tak nak terikat dengan suami sebab dah duduk asing.”

Perkongsian yang telah meraih hampir 9,000 jumlah retweets dalam masa 16 jam ini telah menarik perhatian netizen untuk mengetahui satu perkara baru berkenaan dengan kes rumah tangga.

Ilmu baru ni – Netizen

image is not available image is not available image is not available image is not available

Satu info baru untuk kita, tapi lepas ni jangan pula bergaduh sikit pergi tuntut shiqaq, pening peguam nanti. Apapun semoga urusan antara Diana Danielle dan Farid Kamil ini ada jalan penyelesaiannya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.