
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat mematahkan cubaan penyeludupan keluar 5000 liter minyak petrol dan menahan seorang lelaki warga Filipina dekat sini pada Khamis.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, satu operasi khas telah dilakukan di sekitar perairan Pulau Mandi Darah bagi membanteras kegiatan penyeludupan minyak yang dikesan kerap berlaku sejak kebelakangan ini khususnya di kawasan perairan kudat.
AdvertisementJelas Hasbullah, bertindak berdasarkan maklumat perisikan yang diterima, bot ronda Zon Maritim Kudat telah diatur gerak ke lokasi sekitar 1.6 batu nautika Timur Laut Telukan Paitan, berhampiran Pitas bagi mengesan aktiviti berkenaan.
“Setibanya di lokasi lebih kurang jam 4.30 pagi, bot ronda yang ditugaskan telah berjaya mengesan satu pergerakan sebuah bot dalam keadaan bergelap.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Semasa cuba dihampiri, dua individu yang mengendalikan bot terbabit bertindak terjun ke laut dan cuba untuk meloloskan diri di kawasan paya bakau berhampiran.
“Bagaimanapun seorang daripada suspek berjaya diberkas, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri, katanya dalam satu kenyataan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hasbullah berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan, bot berkenaan membawa muatan sejumlah 25 tong biru berisi minyak petrol dianggarkan 5,000 liter dipercayai cuba diseludup keluar ke Filipina.
Katanya, pemeriksaan lanjut juga mendapati, suspek yang ditahan merupakan warga Filipina berumur lingkungan 28 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurut beliau, bot bersama suspek serta barang rampasan dianggarkan bernilai lebih RM25 ribu seterusnya ditahan dan dibawa ke jeti dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63.
Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di daerah ini untuk sama-sama membantu APMM dengan melaporkan sebarang maklumat berkenaan kes ataupun sebarang salahlaku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada APMM di 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.



