Gagasan Rakyat anjur pertandingan cipta video kreatif

9 Sep 2023 • 2:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Satu pertandingan mencipta video kreatif dilancarkan di sini, Jumaat, menawarkan jumlah hadiah terkumpul kira-kira RM50,000.

Pertandingan bertemakan “Kita Orang Sabah” itu dianjurkan oleh biro latihan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) untuk menggalakkan orang ramai di Sabah, terutamanya mereka yang berminat untuk mencipta video pendek kreatif untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Presiden Gagasan Rakyat, merasmikan pelancaran pertandingan itu dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Gagasan Rakyat di Alamesra di sini.

Pengerusi Penganjur Pertandingan Datuk Abdul Kassim Razali berkata, pertandingan itu terbahagi kepada dua kategori umur iaitu kategori 18 hingga 38 tahun dan kategori 39 tahun ke atas.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Beliau berkata peraduan itu menyediakan jumlah hadiah terkumpul sekitar RM50,000, menambah pemenang/johan setiap kategori akan menerima wang tunai RM8,000 dan trofi, tempat kedua wang tunai RM5,000 dan trofi, sementara tempat ketiga, RM3,000 dan trofi. Terdapat juga hadiah istimewa dan sagu hati.

“Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai di Sabah yang mempunyai minat mencipta video pendek kreatif untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka.

“Dengan tema ‘Kita Orang Sabah’, video pendek ini boleh berkisar mengenai tradisi dan budaya orang Sabah, kekayaan alam semula jadi di Sabah di samping pencapaian orang Sabah atau mana-mana keadaan yang mempamerkan keindahan Sabah.

“Pertandingan ini terbuka kepada semua penduduk di Sabah,” katanya kepada media selepas pelancaran itu.

Beliau berkata tempoh pertandingan adalah tiga bulan bermula hari ini (9 Sept) hingga 8 Disember.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi nombor telefon bimbit: 017-8200232 atau e-mel kepada [email protected].

Turut hadir Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Masidi Manjun, Naib-naib Presiden - Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Banah serta pemimpin negeri yang lain.

Kemudian, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di bilik mesyuarat utama parti.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.