Gajah betina gempar Manir ditangkap Perhilitan

LocalEnvironment
23 Aug 2026 • 3:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gajah betina gempar Manir ditangkap Perhilitan

KUALA NERUS – Seekor gajah liar yang menggemparkan penduduk Kampung Pengkalan Gelugor, Jeram, Manir di sini apabila merayau di sekitar perkampungan itu sejak Jumaat lalu akhir berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini.

Haiwan liar tersebut berjaya ditangkap sepasukan 12 anggota Perhilitan Terengganu pada pukul 12 tengah malam.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata, sebelum ditangkap, gajah betina berkenaan berjaya dibius bagi menenangkannya.

“Pemeriksaan awal mendapati gajah berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sihat.

“Pemantauan berterusan dilakukan sebelum proses pemindahan ke habitat asal akan dilakukan dengan bantuan gajah denak,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Ahad hari ini melaporkan suasana sunyi di Kampung Pengkalan Gelugor, Jeram, Manir bertukar pesta apabila penduduk keluar beramai-ramai untuk melihat seekor gajah yang tersesat memasuki perkampungan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jeram, Manir, Zakaria A. Ghani, berkata, kemunculan gajah liar berkenaan amat menggemparkan berikutan perkampungan mereka jauh dari habitat asal mamalia terbabit. – KOSMO! ONLINE

The post Gajah betina gempar Manir ditangkap Perhilitan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved