Gajah ‘cemburu’ gembala layan gajah lain

7 Sep 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gajah ‘cemburu’ gembala layan gajah lain

BANGKOK – Momen yang memaparkan seekor gajah di sebuah pusat perlindungan di Thailand menunjukkan rasa cemburu  melihat penjaganya memberi perhatian kepada gajah lain tular di media sosial, lapor laman berita Radar Kediri.

Berdasarkan klip video berkaitan, gajah tersebut secara spontan cuba ‘menghalang’ dan menarik perhatian penjaga dengan gerakan khasnya, seolah-olah tidak mahu berkongsi kasih sayang.

Gelagat manja haiwan itu bukan sahaja mencuit hati netizen, malah menjadi bukti nyata bahawa gajah mempunyai ikatan emosi yang sangat kuat serta mampu merasai perasaan cemburu seperti manusia.

Aksi comel gajah bertubuh besar yang enggan ‘dimadukan’ itu  mencuri tumpuan di pelbagai platform media sosial, dengan ramai netizen menyuarakan rasa terhibur melihat sifat posesif dan manja pada penjaganya. – AGENSI

 

The post Gajah ‘cemburu’ gembala layan gajah lain appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved