‘Raja Penyu muncul kembali, buat gajah Sulong…selamat datang ke Terengganu’

LocalEnvironment
3 Sep 2026 • 2:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Raja Penyu muncul kembali, buat gajah Sulong…selamat datang ke Terengganu’

Raja Penyu sudah kembali, buat gajah Sulong…selamat datang ke Terengganu – MB

PETALING JAYA – Selepas hampir sembilan tahun tidak direkodkan mendarat di Terengganu, kemunculan semula ‘Raja Penyu’ atau penyu belimbing di negeri itu mencuri perhatian, selain kepulangan seekor gajah liar ke habitat yang lebih selamat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penyu belimbing dipercayai mendarat dan bertelur di Pantai Gong Balai, Marang pada 1 September lalu.

Menurut beliau, sebanyak 44 biji telur ditemukan sebelum dipindahkan dengan selamat ke pusat penetasan di Rantau Abang.

“Selepas hampir sembilan tahun tidak direkodkan mendarat di Terengganu, ‘Raja Penyu’ kembali ke pantai kita,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, Terengganu turut menerima ‘tetamu’ istimewa apabila Sulong Chalil, gajah liar jantan yang sebelum ini berkeliaran di sekitar Jalan Raya Timur-Barat, dipindahkan ke Taman Negara Terengganu.

Katanya, pemindahan dilakukan melalui pintu masuk Tasik Kenyir bagi membolehkan gajah berkenaan menikmati habitat yang lebih selamat dan sesuai.

“Dua cerita ini mengingatkan kita bahawa Terengganu bukan hanya kaya dengan keindahan alamnya, tetapi turut menjadi tempat penting untuk hidupan liar terus hidup dan dilindungi,” katanya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar kemunculan penyu belimbing terus berlaku di pantai Terengganu, manakala Sulong Chalil dapat menjalani kehidupan lebih aman di habitat baharunya.

“Alam ini bukan milik kita seorang. Ia amanah untuk kita pelihara supaya generasi akan datang masih dapat melihat sendiri khazanah yang sama.

“Selamat datang dan selamat pulang ke Terengganu,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post ‘Raja Penyu muncul kembali, buat gajah Sulong…selamat datang ke Terengganu’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved