Galas watak suka sama jantina, karakter Nikita paling mencabar – Elisya Sandha

LocalEntertainment
30 Aug 2026 • 3:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Galas watak suka sama jantina, karakter Nikita paling mencabar – Elisya Sandha

PETALING JAYA: Memegang watak Nikita Aulia dalam drama terbaharunya, Madu atau Racun, pelakon Elisya Sandha menyifatkan karakter berkenaan sebagai watak yang paling mencabar dalam karier lakonanannya.

Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 27, berkata, setiap hari dia perlu berhadapan dengan babak yang berbeza serta perubahan emosi yang drastik dalam tempoh yang singkat.

“Salah satu cabaran paling sukar sepanjang kerjaya saya setakat ini, Nikita. Watak ini mempunyai banyak sisi, rumit, dan setiap hari ada sahaja babak yang berbeza.

“Kadangkala saya perlu menyondol, babak seterusnya perlu menjerit, dan ada juga babak yang memerlukan saya menjadi abang-abang. Daripada satu emosi ke emosi yang lain, serta daripada satu versi Nikita ke versi yang lain,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Tambah Elisya, pengalaman menjayakan watak berkenaan memberi kepuasan kepadanya kerana berjaya keluar daripada zon selesa.

“Kadangkala dalam hari yang sama saya perlu menukar watak sepenuhnya dan itu adalah cabaran sebenar. Ada masa saya memang terfikir ‘Okay, macam mana nak masuk balik dalam karakter ini?

“Namun, pada masa sama, perkara itulah yang membuatkan saya suka memegang watak ini. Sangat seronok kerana membuatkan saya keluar dari zon selesa dan meneroka keupayaan diri sebagai pelakon,” katanya.

Dalam pada itu, Elisya meluahkan rasa syukur atas dan bimbingan daripada pengarah sepanjang penggambaran drama berkenaan berlangsung.

“Dan Alhamdulillah, sepanjang penggambaran drama ini saya sangat bersyukur kerana pengarah banyak membantu. Bimbingan, kepercayaan, dan perbincangan sebelum sesuatu babak itu bermula sangat membantu saya.

“Harapnya semua yang menonton drama ini dapat melihat mesej yang cuba dan tengok dengan hati yang terbuka,” katanya.

Dalam drama Madu Atau Racun, watak Nikita Aulia yang dilakonkan oleh Elisya Sandha mencetuskan kontroversi apabila rupa-rupanya plot pusingan mendedahkan dia mempunyai kecenderungan lesbian terhadap madunya sendiri, Azura, dan bukannya mahu merebut si suami iaitu Adli. -UTUSAN

The post Galas watak suka sama jantina, karakter Nikita paling mencabar – Elisya Sandha appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved