Galaxy AI Akan Ke Peranti Boleh Pakai Samsung

TechnologyDigital
21 Feb 2024 • 3:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun 2024 menjadi trend untuk peranti fizikal AI. Selepas kita melihat Humane AI, Rabbit R1 atau juga Meizu yang berhenti mengeluarkan peranti Android kerana ingin alih fokus ke AI. Samsung telah membuktikan yang ciri AI boleh sahaja dimuatkan dalam telefon pintar dengan Galaxy AI. Oleh yang demikian Samsung dikatakan ingin mengembangkan ciri AI ke peranti Galaxy selain telefon.

image is not available

Perkara ini disahkan sendiri oleh Dr. TM Roh, CEO Perniagaan Peranti Mudah Alih (MX) Samsung melalui artikel beliau di laman web Samsung. Menurut beliau, kemajuan AI ini sangat hebat kerana ia merupakan sebuah revolusi dalam industri telefon pintar. Untuk it Galaxy AI turut akan menambah baik kesihatan digital dan juga memberi pengalaman kesihatan yang pintar.

image is not available

TM Roh tidak mendedahkan peranti Galaxy Wearables mana akan menerimanya. Adakah siri Galaxy Watch7 nanti, Galaxy Watch atau mana tahu turut akan diintegrasikan ke dalam Galaxy Buds? Adakah ciri AI pada peranti boleh pakai Samsung ini hanya akan dilihat pada Galaxy Ring terlebih dahulu? Sama-sama kita nantikan.