Samsung Sekali Lagi Menekankan Sokongan Kemaskini Selama 7 Tahun, Termasuk 7 Generasi Android

TechnologyDigital
10 Jul 2024 • 11:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung pada acara pengenalan Galaxy Z Fold6 dan juga Galaxy Z Flip6 hari ini, sekali lagi turut menekankan kepada komitmen jangka masa panjang bagi peranti keluaran mereka. Seperti pada siri Galaxy S24 sebelum ini, Samsung kini mengumumkan Galaxy Z Fold6 dan juga Galaxy Z Flip6 akan menerima sokongan kemaskini selama 7 tahun.

Ini turut meliputi kemaskini selama tujuh generasi sistem operasi Android, selain sokongan kemaskini sekuriti selama 7 tahun.

image is not available

image is not available

Langkah ini sekaligus meletakkan Samsung jauh dihadapan berbanding pelbagai pengeluar peranti lain dari segi sokongan, dan penggunaan jangka masa panjang. Pengumuman ini sekaligus memperlihatkan mereka yang membeli siri Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6 boleh menggunakan peranti berkenaan sehingga 2031 tanpa masalah.

Di Malaysia, Galaxy Z Fold6 ditawarkan pada harga bermula RM7299, sementara Galaxy Z Flip6 pula ditawarkan pada harga bermula RM4999.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved