Galaxy Z Fold, Flip 7 & siri Galaxy Watch 8: Harga & promosi tempahan awal di Malaysia

LocalTechnology
10 Jul 2025 • 2:43 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sujurus pelancaran di pentas Galaxy Unpacked 2025, Samsung Malaysia telah mengumumkan pembukaan tempahan awal untuk siri Samsung Galaxy Z Fold 7 dan Z Flip 7 di Malaysia, iaitu bermula hari ini, 9 Julai sehingga 31 Julai 2025.

Untuk meraikan pelancaran telefon lipat terbaru mereka, Samsung turut menyediakan pelbagai tawaran dan promosi pembelian awal untuk pengguna di Malaysia.

Tebus e-baucar RM390, storan dua kali ganda lebih besar

Jika anda menempah mana-mana model siri Galaxy Z terbaru, anda boleh tebus e-baucar bernilai sehingga RM390, sekiranya anda melengkapkan pendaftaran minat dan membeli baucar Samsung Reservation+ sebelum ini.

Selain itu, anda juga boleh menikmati rebat RM600 untuk jika memilih untuk menaik taraf storan dari 256GB ke 512GB. Mudah kata, anda akan mendapat storan dua kali ganda storan lebih besar, model 512GB pada harga 256GB.

Pengguna kad kredit dan debit CIMB Bank juga berpeluang menerima e-baucar bernilai sehingga RM400 apabila membeli telefon pintar Galaxy Z terbaru. Selain itu, Galaxy Z Fold 7 dan Z Flip 7 juga boleh didapatkan menerusi pelan ansuran sehingga 36 bulan tanpa faedah (0%) di bank-bank yang terlibat.

Semua promosi ini boleh ditebus secara dalam talian melalui laman web rasmi Samsung Malaysia atau di kedai pengedar sah Samsung di seluruh negara.

Promosi tempahan awal Galaxy Watch

Kepada penempah awal siri Galaxy Watch 8 atau Galaxy Watch Ultra, anda juga boleh menikmati penjimatan sehingga RM966. Ini termasuk:

  • Trail Band (untuk Galaxy Watch Ultra) bernilai RM399
  • Galaxy SmartTag 2 bernilai RM149
  • Pengecas 15W (tanpa kabel) bernilai RM59
  • Power bank 10,100mAh bernilai RM159
  • Rebat tukar beli sehingga RM200

Harga Samsung Galaxy Z Fold 7, siri Z Flip 7, siri Watch 8 dan Watch Ultra 2025 di Malaysia

Sekiranya anda terlepas, berikut adalah harga jualan rasmi untuk produk terbaru Samsung:

Samsung Galaxy Z Fold 7

  • Galaxy Z Fold 7 (12GB+256GB)  RM7,799
  • Galaxy Z Fold 7 (12GB+512GB)  RM8,399
  • Galaxy Z Fold 7 (16GB+1TB)  RM9,899

Samsung Galaxy Z Flip 7

  • Samsung Galaxy Z Flip 7 (12GB + 256GB)  RM4,999
  • Samsung Galaxy Z Flip 7 (12GB + 512GB)  RM5,599

Samsung Galaxy Z Flip 7 FE

  • Galaxy Z Flip 7 FE (8GB + 128GB)  RM3,999
  • Galaxy Z Flip 7 FE (8GB + 256GB)  RM4,299

Siri Samsung Galaxy Watch 8 & Watch Ultra (2025)

  • Galaxy Watch 8 (40mm) WiFi  RM1,299
  • Galaxy Watch 8 (40mm) WiFi + LTE  RM1,599
  • Galaxy Watch 8 (44mm) WiFi  RM1,399
  • Galaxy Watch 8 (44mm) WiFi + LTE  RM1,699
  • Galaxy Watch 8 Classic (46mm) WiFi  RM1,799
  • Galaxy Watch 8 Classic (46mm) WiFi + LTE  RM2,099
  • Galaxy Watch Ultra 2025 (47mm) WiFi + LTE  RM3,399