Samsung hari ini telah memperkenalkan beberapa telefon pintar terbaru mereka, iaitu Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7 dan juga Galaxy Z Flip7 FE. Selain sejumlah penambah-baikkan yang disertakan, menariknya kali ini adalah Samsung memperkenalkan telefon pintar ini bersama-sama dengan OneUI 8 berasaskan Android 16 secara terbina ketika membelinya.

Ini sekaligus menjadikan peranti ini antara yang terawal hadir dengan sistem operasi Google terkini, iaitu Android 16.
Menariknya juga, Samsung dilihat bergerak pantas dan memperkenalkan OneUI 8 bersama-sama peranti ini, selepas mereka mengalami pelbagai penangguhan dalam pengenalan OneUI 7 sebelum ini.

Samsung dijangka memperluaskan penawaran OneUI 8 untuk peranti-peranti lain secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang selepas pelancaran telefon lipat mercu ini.

