
Pelawak dan pelakon, Zizan Razak tampil bersuara selepas gambarnya yang tular sejak beberapa hari lalu didakwa telah disunting dan digunakan sesetengah pihak untuk tujuan promosi produk.
Menerusi perkongsian di Instagram, Zizan menjelaskan dia tidak kisah jika gambarnya dijadikan bahan gurauan, namun menegaskan setiap perkara tetap perlu ada batasnya.
“Bercanda boleh, tapi biarlah berpada”
Menurut Zizan, dia sedar dirinya seorang yang sporting dan fun, tetapi tidak bermaksud gambarnya boleh digunakan sesuka hati sehingga melanggar hukum agama Islam.
Dalam hantaran itu, Zizan dilihat menegur secara baik agar orang ramai lebih berhati-hati sebelum menggunakan gambar seseorang, walaupun sekadar untuk bahan jenaka.
View on Threads
Apa yang membuatkan Zizan lebih terkilan adalah apabila ada pihak didakwa mengambil kesempatan terhadap gambarnya yang sedang viral untuk mempromosikan produk masing-masing.
Lebih-lebih lagi apabila penggunaan gambar tersebut dibuat tanpa meminta izin atau sebarang bayaran dikenakan.
Dan ada juga pihak yang mengambil kesempatan bertujuan mempromosikan product masing-masing tanpa meminta izin mahupun bayaran dikenakan dan itu totally haram pada pendapat saya. So renung renungkanlah jika ingin berniaga secara halal.
Teguran itu mendapat perhatian ramai termasuk beberapa rakan artis yang turut meninggalkan komen menyokong pendirian Zizan.
The post Gambar Tiba-Tiba Jadi Viral, Zizan Razak Tegur Peniaga ‘Edit’ Tanpa Izin Promosi Produk appeared first on Oh! Media.




