Zizan tegur individu sunting wajah tanpa kebenaran untuk promosi produk – “Haram jika tak minta izin”

LocalEntertainment
29 Jul 2026 • 11:51 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak menegur tindakan segelintir individu yang didakwa menyunting gambar wajahnya sebelum digunakan bagi tujuan mempromosikan produk tanpa mendapatkan kebenaran.

Image from: Zizan tegur individu sunting wajah tanpa kebenaran untuk promosi produk – “Haram jika tak minta izin”

Menerusi satu hantaran di Instagram, Zizan berkata dia tidak kisah sekiranya gambarnya dijadikan bahan jenaka, namun menegaskan tindakan itu perlu ada batas dan tidak melanggar hukum agama.

“Assalamualaikum kepada seluruh warga internet dan mereka yang mengenali diri ini. Tujuan posting adalah untuk meluahkan dan memberi tahu yang saya ni memang seorang yang sporting dan juga fun akan tetapi ada tahapnya.
“Berkenaan dengan gambar saya yang viral beberapa harini diedit dan diubah menjadi kelakar boleh tetapi biarlah berpada dan tidak melanggar hukum agama Islam,” tulisnya di Instagram, hari ini.

Dalam pada itu, Zizan turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat pihak yang didakwa mengambil kesempatan menggunakan gambarnya bagi mempromosikan produk masing-masing tanpa meminta izin atau mendapatkan persetujuannya terlebih dahulu.

Menurutnya, perbuatan sedemikian bukan sahaja tidak beretika, malah disifatkannya sebagai sesuatu yang haram.

“Dan ada juga pihak yang mengambil kesempatan bertujuan mempromosikan product masing2 tanpa meminta izin mahupun bayaran dikenakan dan itu totally haram pada pendapat saya. So renung renungkanlah jika ingin berniaga secara halal,” tambahnya lagi.

Image from: Zizan tegur individu sunting wajah tanpa kebenaran untuk promosi produk – “Haram jika tak minta izin”

Hantaran tersebut dibuat susulan penularan gambar wajah Zizan yang telah disunting dan dikongsi secara meluas di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, fenomena tersebut tercetus apabila ramai pengguna menggunakan sekeping foto lama memaparkan Zizan menggayakan baju kolar berwarna jingga.

Artikel lain: Jodoh masih belum sampai, Zizan Razak tak ambil hati dilabel ‘Presiden Single’

Terdahulu, foto Zizan yang diambil ketika sesi fotografi itu tular dalam Threads apabila pengguna media sosial menggunakannya sebagai gambar reaksi dengan pelbagai kapsyen berkaitan situasi lucu dan kehidupan seharian.

Menerusi perkembangan lain, Zizan bakal membintangi filem Terbang arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada kisah legenda rali negara, Karamjit Singh.

Filem tersebut dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada September depan.

Sumber: Instagram zizanrazak869

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved