
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak belakangan ini, tular di media sosial mengenai trend suntingan gambar menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Antara individu yang menjadi ‘mangsa’ suntingan warganet adalah pelawak dan selebriti terkenal, Zizan Razak.
Manakan tidak, sejak awal bulan lalu, tular di media sosial imej Zizan yang disunting dan dijadikan meme mengikut situasi yang digambarkan oleh kebanyakan pengguna menyebabkan ‘trend Zizan Ai’ menjadi sohor.
Boleh Sunting Namun Berpada & Tak Langgar Hukum Agama – Zizan
Terbaharu, Zizan dalam satu hantaran di Threads @zizanrazak869 menjelaskan, dia tidak kisah menjadi subjek suntingan sesetengah pihak.
Apatah lagi, setiap imejnya yang dijana kadangkala menjadi hiburan buat kebanyakan individu.
Namun jelas pelakon utama filem Polis Evo itu, proses suntingan gambar tersebut perlulah berpada dan tidak melanggar hukum agama Islam.
“Assalamualaikum kepada seluruh warga internet dan mereka yang mengenali diri ini.
“Tujuan hantaran ini adalah untuk meluahkan dan memberi tahu yang saya ni memang seorang yang sporting dan juga fun akan tetapi ada tahapnya.
“Berkenaan dengan gambar saya yang viral disunting dan diubah belakangan ini menjadi kelakar boleh tetapi biarlah berpada dan tidak melanggar hukum agama Islam,” katanya.
Dakwa Ada Pihak Ambil Kesempatan Promosi Produk Tanpa Minta Izin & Bayaran Dikenakan
Dalam hantaran sama, Zizan juga mendakwa ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan imejnya itu untuk mempromosi barang tanpa meminta izin dirinya.
“Dan ada juga pihak yang mengambil kesempatan bertujuan mempromosikan produk masing-masing tanpa meminta izin mahupun bayaran dikenakan dan itu totally haram pada pendapat saya. Jadi, renung-renungkanlah jika ingin berniaga secara halal,” katanya.
View on Threads
Ada Pengguna Tegur Netizen Jangan Melampau Tunggang Isu Zizan AI
Sebelum ini, tular hantaran seorang pengguna di Threads @rul.zmi yang menegur segelintir individu agar tidak melampau dalam bergurau mengenai isu terbabit.
“Jangan melampau kalau nak bergurau tunggang isu Zizan AI pun. Makin melarat dan menjadi-jadi isu ini,” katanya.
Dalam hantaran sama, pengguna itu turut menyatakan perbuatan melawak boleh menjadi haram sekiranya mempunyai beberapa unsur antaranya seperti mengaibkan, lelaki menyerupai wanita, menyerupai unsur agama lain dan lelaki berpakaian wanita.
Tegas pengguna itu sekali lagi, seseorang itu boleh melawak asalkan tidak melampaui hukum dan batas agama memandangkan ada yang menjana foto AI Zizan berpakaian seperti wanita dan lain-lain.
“Melawaklah, tak apa, silakan. Tetapi jangan melampau sampai hukum dan batas pun habis hancur.
“Nak tunggang isu pun berpada-pada. Nampak lawak tapi dosa tu yang kita takut sebab kita akan bawa dosa-dosa tu berhadapan dengan timbangan Al-Mizan,” jelasnya yang kerap berkongsi nasihat tentang agama di Threads.
View on Threads
Gurauan Melampau Antaranya Seperti Membuka Aib Hukumnya Haram
Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, gurauan dibolehkan dalam Islam asalkan ia tidak melampau dan boleh diterima oleh orang yang diajak bergurau.
Namun, sekiranya gurauan tersebut dilihat melampau antaranya seperti menipu, menakutkan orang lain, membuka aib dan tidak boleh diterima oleh orang yang diguraukan maka hukumnya adalah haram dan dilarang.
Perkara itu dijelaskan oleh laman itu sewaktu menjawab soalan hukum prank dalam Islam.
Ada Etika Dalam Melawak
Jelas laman itu dalam perkongsian berasingan, terdapat beberapa kriteria yang perlu dijadikan sebagai panduan dalam melawak.
Etika tersebut adalah:
- Tidak melampaui batas sehingga meninggalkan tanggungjawab dan kewajipan.
- Tidak menjadikan maruah seseorang itu sebagai gurau senda
- Tidak menipu dalam melawak
- Tidak mempermainkan syiar agama
Baca Artikel Berkaitan: Hal Ibadah Tidak Dibuat Bahan Gurauan – Dr Zulkifli Jawab Isu Tongkat Khatib
Baca Artikel Berkaitan: Gurauan Yang Melampau Dengan Kawan Boleh Dianggap Buli – Polis





