“Gambar tu sepatutnya saya crop” – Pempengaruh Rayu Mahu Jumpa Ibu Mangsa, Hantar Foto Tak Senonoh Pada Budak 14 Tahun

Entertainment
23 May 2025 • 8:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Aktivis sosial dan rappers terkemuka, Caprice telah membuat satu pendedahan semalam mengenai seorang pempengaruh yang didakwa telah membuat gangguan seksual terhadap seorang budak perempuan berusia 14 tahun.

Perkara berkenaan didedahkan oleh ibu mangsa menerusi tangkap layar yang memaparkan perbualan CEO Batu dengan seorang budak bernama Isha.

Dalam perbualan tersebut, CEO Batu dilihat mahu menunjukkan parut di badannya, sebelum menghantar gambar tidak senonoh itu di aplikasi WhatsApp.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

“Saya merayu sangat kak”

Susulan tularnya isu berkenaan, Caprice mendedahkan bahawa manager kepada pempengaruh tersebut ada menghubunginya untuk berbincang dengan ibu mangsa.

Nak bincang apa bod*h?

“Kau duduk diam dan main jauh-jauh sikit,” kata Caprice.

image is not available

Didedahkan juga mesej rayuan CEO Batu kepada ibu mangsa yang mana pempengaruh ini mendakwa dia telah tersilap hantar gambar dan sepatutnya crop gambar tersebut terlebih dahulu.

image is not available

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai komen negatif netizen yang meminta agar ibu bapa memantau telefon anak-anak dan berharap perkara begini tidak lagi berulang.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.