Semalam kami laporkan sebarang imej yang dimuat naik ke Twitter sebelum tahun 2015 tidak lagi boleh dipaparkan. Pautan URL untuk gambar jika ditekan tidak menunjukkan gambar yang sepatutnya. Pagi ini isu ini telahpun diselesaikan oleh X selepas mendapat liputan luas oleh media teknologi.
Over the weekend we had a bug that prevented us from displaying images from before 2014. No images or data were lost. We fixed the bug, and the issue will be fully resolved in the coming days.
Pihak X tidak mengatakan mengapa isu ini berlaku dan ia sekadar pepijat. Menurut mereka lagi tiada imej ataupun data yang hilang. Proses mengembalikan kesemua imej pada ciapan yang dihantar akan diteruskan dalam hari-hari mendatang.
Sebagai pengguna Twitter yang tegar sejak 2010 lagi, kehilangan gambar-gambar lama termasuk ketika hari pernikahan sendiri adalah agak mengecewakan. Pagi ini kami sedari gambar-gambar tersebut kembali boleh diakses. Sebagai langkah keselamatan, ada baiknya jika semua gambar dimuat turun sekarang selagi boleh diakses.




