Gambaran tak lengkap! Ismail Lasim jawab teguran PM Anwar terkait isu takhta

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 4:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim tampil menjelaskan bahawa persetujuan barisan EXCO terhadap tindakan pentadbiran negeri berhubung proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak bermaksud mereka mengambil alih bidang kuasa Undang Yang Empat.

Teguran dibimbangi beri gambaran kurang tepat

Menurut Ismail dalam sidang media, Ismail menyatakan teguran dan maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu berkenaan dibimbangi memberi gambaran yang kurang tepat mengenai fungsi sebenar Menteri Besar dan EXCO Negeri Sembilan.

“Saya mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri semalam yang menyifatkan tindakan saya dan ahli-ahli EXCO sebagai biadap dan tidak bertamadun.
“Saya menghormati keprihatinan Perdana Menteri terhadap institusi diraja. Namun saya khuatir teguran itu berasaskan gambaran yang tidak lengkap mengenai peranan sebenar Menteri Besar dan EXCO dalam perkara ini,” katanya.
Image from: Gambaran tak lengkap! Ismail Lasim jawab teguran PM Anwar terkait isu takhta

Foto: MEDIAMBNS

MB, EXCO tak buat keputusan turunkan atau lantik Yang di-Pertuan Besar

Tegas beliau, Menteri Besar dan EXCO tidak membuat sebarang keputusan untuk menurunkan atau melantik Yang di-Pertuan Besar.

“EXCO membincangkan pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi yang dikemukakan sebagai keputusan Undang Yang Empat.
“Persetujuan EXCO terhadap tindakan pentadbiran susulan tidak bermaksud mengambil alih kuasa Undang atau menjadi pihak yang membuat keputusan mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar.
“Saya dan barisan EXCO tidak akan mencampuri siasatan, pertimbangan adat, atau pemilihan yang terletak dalam bidang kuasa pihak-pihak yang ditentukan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959,” katanya.
Image from: Gambaran tak lengkap! Ismail Lasim jawab teguran PM Anwar terkait isu takhta

Foto: MEDIAMBNS

Ismail menambah, sebarang persoalan mengenai kesahihan proklamasi, pematuhan tatacara serta kesan perlembagaannya perlu ditentukan berdasarkan UUTKNS dan proses undang-undang yang berkaitan.

“Kami menghormati apa-apa perintah mahkamah yang berkuat kuasa,” katanya.

Anwar sebelum ini kritik tindakan MB dan EXCO

Sebelum ini, Perdana Menteri dilaporkan menyifatkan tindakan Ismail dan barisan EXCO berhubung proklamasi penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebagai biadab dan tidak bertamadun.

Anwar turut menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak dalam pentadbiran negeri mempunyai kuasa atau mandat untuk bertindak sedemikian.

Sumber: YouTube Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved