Gangguan Bekalan Elektrik, Menteri Minta MAHB Reka Bentuk Semula Bekalan Elektrik Di KLIA 2

LocalPolitics
18 Sep 2025 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Menteri Pengangkutan menggesa Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk reka bentuk semula punca kuasa bekalan elektrik di lapangan tersebut.

Langkah itu perlu diambil supaya insiden gangguan elektrik tidak berulang lagi.

Menterinya, Anthony Loke berkata, bagi memastikan insiden sedemikian tidak berulang pada masa akan datang, perkara tersebut akan disusuli dengan tindakan selanjutnya.

“Mereka telah hantar laporan kepada kita (mengenai) apa puncanya dan seperti yang saya katakan, mereka perlu ‘redesign’ punca kuasa itu (iaitu) punca bekalan elektrik untuk memastikan supaya ‘blackout’ seperti ini tidak berlaku lagi.

“Itu akan disusuli dengan tindakan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas melancarkan identiti korporat baharu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) semalam.

image is not available

Media sebelum ini melaporkan, gangguan elektrik yang berlaku KLIA Terminal 2 pada 28 Ogos lalu disifatkan tidak boleh diterima sama sekali kerana menjejaskan imej negara.

Kejadian tersebut berlaku ketika Anthony Loke menghadiri majlis pelancaran “Tap, Travel and Discover” anjuran gateway@klia2 di terminal berkenaan.