Satu Kampung ‘Bergelap’, Lelaki Putuskan Bekalan Elektrik Gara-Gara Kekasih Tak Jawab Panggilan

5 Sep 2025 • 9:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Satu Kampung ‘Bergelap’, Lelaki Putuskan Bekalan Elektrik Gara-Gara Kekasih Tak Jawab Panggilan

NEW DELHI — Gara-gara teman wanita tidak menjawab panggilannya, seorang lelaki nekad memutuskan bekalan elektrik seluruh kampung di Bihar, lapor Times of India.

Menerusi video tular di media sosial, memaparkan tindakan lelaki berkenaan yang memanjat tiang elektrik bersama sepasang playar besar lalu memotong kabel bekalan itu.

Akibatnya, seluruh kampung mengalami gangguan bekalan elektrik termasuk kekasihnya.

Menurut laporan media, lelaki itu difahamkan berang selepas panggilan yang dibuatnya berulang kali tidak dijawab teman wanitanya atas alasan sibuk.

Dalam pada itu, video tular berkenaan tular di media sosial dan menjadi perbualan hangat netizen. Malah ada yang berseloroh ibarat ‘hero filem cinta sebenar’ dan menyarankannya berhenti menonton filem Bollywood.