Gangguan Google Cloud Menyebabkan Banyak Perkhidmatan Digital Tergendala

TechnologyDigital
13 Jun 2025 • 1:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lewat malam semalam, Google Cloud didapati telah menghadapi masalah gangguan yang telah menyebabkan sejumlah besar perkhidmatan mereka tidak boleh diakses. Perkhidmatan carian Google dan Google Cloud Suite adalah diantara perkhidmatan mereka yang terkesan, tetapi telah diperbaiki tidak lama selepas isu tersebut ditemui.

Akan tetapi, ada banyak perkhidmatan digital lain yang bergantung kepada Google Cloud yang telah mengalami isu yang sama, dan memerlukan lebih banyak masa untuk pulih daripada masalah ini.

image is not available

Menurut DownDetector, aplikasi-aplikasi seperti Spotify, Discord, Character.ai, Pokemon Go dan Pokemon TCG telah terjejas dengan masalah ini, dan telah mengambil masa beberapa jam untuk dipulihkan. OpenAI dan Amazon Web Services juga mengatakan bahawa pelanggan mereka akan menghadapi masalah untuk mengakses perkhidmatan mereka kerana gangguan ini.

Walaupun begitu, akses kepada laman web dan perkhidmatan-perkhidmatan ini nampaknya telahpun pulih, dan boleh digunakan seperti biasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved