Syarikat animasi Dreamworks dan Lenovo, jenama teknologi yang terkenal untuk penawaran komputer kelas produktiviti dan gaming mereka telah melanjutkan kerjasama diantara mereka, dimana Dreamworks akan menggunakan komputer-komputer dan perkhidmatan teknologi terbaru Lenovo.

Dreamworks bukan sahaja akan menggunakan komputer workstation Lenovo untuk membangunkan filem-filem animasi yang akan ditayangkan sepanjang 2025 dan 2026, tetapi juga perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti infrastruktur HPC (High Performance Computing) dan penskalaan teknologi berkadar.
Sepanjang tahun 2025 dan 2026, Dreamworks akan memperlihatkan filem-filem animasi seperti The Bad Guys 2, Forgotten Island dan The Bad Guys 2, dan kesemua filem animasi ini akan dibangunkan dengan khidmat perkomputeran produk dan perkhidmatan Lenovo.

Tiga tonggak tonggak utama Lenovo yang akan dimanfaatkan oleh Dreamworks dalam pembangunan filem-filem tersebut termasuklah:
- Komputer Lenovo ThinkStation dan ThinkPad P – direka untuk menghasilkan prestasi hebat yang diperlukan dalam sebarang suasana, termasuk penerbitan filem moden, menjadikannya sesuai untuk artis, pengarah teknikal dan profesional lain.
- Mesin pelayan ThinkSystem dan infrasruktur HPC – digunakan untuk menguasakan olahan grafik 3D dan animasi yang beresolusi dan berkualiti tinggi
- Penawaran Infrastruktur-sebagai-perniagaan Lenovo TruScale – membolehkan Dreamworks untuk menambahkan kapasiti kuasa perkomputeran dan pemprosesan tanpa perlu membeli komputer atau mesin pelayan baru.
Kelebihan perkhidmatan Lenovo TruScale sebagai perkhidmatan penskalaan infrastruktur ialah Dreamworks bukan sahaja boleh menambahkan kapasiti dari segi infrastruktur di premis mereka, tetapi juga dari segi pemantauan proaktif, perkhidmatan pengurusan peranti dan sokongan pelanggan 24/7.

Seperti yang dikatakan, kerjasama diantara Dreamworks dan Lenovo bukanlah sesuatu yang baru. Filem animasi The Wild Robot yang ditayangkan pada tahun lepas telah dibangunkan bersama-sama khidmat komputer dan mesin pelayan Lenovo.
Filem tersebut dibangunkan dalam masa 300 juta jam menggunakan komputer ThinkStation, perkhidmatan HPC dan mesin pelayan Lenovo dengan kadar operasi setinggi 98 peratus sepanjang fasa pembangunan filem tersebut, dan telah menjana pendapatan $333.8 juta di seluruh dunia dengan kos pembangunan $78 juta.

Oleh kerana ini, Dreamworks telah kekal menggunakan khidmat Lenovo sebagai pembekal infrastruktur pembangunan dan pengolahan beberapa filem animasi mereka yang akan dilancarkan sepanjang dua tahun ini.


