Gangguan Microsoft rugikan Australia berbilion dolar

WorldTechnology
14 Nov 2026 • 9:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gangguan Microsoft rugikan Australia berbilion dolar

SYDNEY: Gangguan sistem Microsoft berpotensi mengakibatkan kerugian berbilion dolar kepada ekonomi Australia, malah memaksa sebahagian perniagaan kecil menutup operasi.

Syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) itu memohon maaf susulan gangguan perkhidmatan berskala besar yang menjejaskan jutaan pengguna, organisasi dan perniagaan di seluruh dunia.

Microsoft dalam kenyataannya berkata, punca gangguan itu sudah dikenal pasti dan ditangani.

Syarikat itu menjelaskan masalah berkenaan berpunca daripada isu teknikal dan tidak mempunyai kaitan dengan serangan siber atau penggunaan ejen kecerdasan buatan (AI).

Usaha memulihkan perkhidmatan juga sedang dilaksanakan secara berperingkat.

Pakar berkata, insiden itu mendedahkan kebergantungan Australia terhadap teknologi asing, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kesan gangguan berkenaan kepada operasi perniagaan dan perkhidmatan awam.

Mereka turut menyuarakan kebimbangan terhadap pengguna yang tidak dapat menerima bayaran, menghantar invois atau mengakses perkhidmatan kerajaan akibat gangguan itu.

Beberapa hospital dan klinik kesihatan di Australia turut terjejas akibat gangguan itu, namun Persatuan Perubatan Australia (AMA) kelmarin memaklumkan tiada kesan terhadap rawatan pesakit.

Gangguan perkhidmatan Microsoft yang bermula pada pagi Jumaat itu berlarutan kira-kira 18 jam sebelum sistem mula pulih. 

Microsoft berkata, pemulihan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan semua perkhidmatan kembali beroperasi dengan stabil.- THE GUARDIAN

The post Gangguan Microsoft rugikan Australia berbilion dolar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved