Gangguan seksual di hospital: Pengarah ditukarkan sebagai pegawai perubatan biasa

LocalPolitics
15 Aug 2026 • 3:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Gangguan seksual di hospital: Pengarah ditukarkan sebagai pegawai perubatan biasa
Dr Dzulkefly ketika ditemui pemberita dalam sidang akhbar di UMS, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Pengarah sebuah hospital di negeri ini yang didakwa terlibat dengan kes gangguan seksual telah ditukarkan jawatannya sebagai pegawai perubatan biasa di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah sementara menunggu tindakan selanjutnya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan pentadbiran telah diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kes tersebut.

"Pertama, siasatan dalaman telah pun dilengkapkan. Tindakan pentadbiran yang diambil antaranya ialah, pengarah tersebut telah ditukarkan daripada jawatan pengarah kepada pegawai perubatan biasa di JKN Sabah sementara menunggu tindakan selanjutnya.

"Laporan rasmi daripada JKN Sabah telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berdasarkan gred pegawai tersebut yang mempunyai punca kuasa dan autoriti untuk menangani perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen 2026 Institut Latihan KKM (ILKKM) Zon Sabah, di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, pada Sabtu.

Sebelum itu, beliau diminta mengulas mengenai perkembangan dakwaan gangguan seksual melibatkan pengarah tersebut baru-baru ini.

Dr Dzulkefly dalam pada itu turut menegaskan bahawa KKM tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan dan kebajikan staf.

"Mangsa juga telah diberikan sokongan dan rawatan psikologi sepenuhnya dan telah kembali bertugas dalam persekitaran yang lebih baik," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved