Gangguan seksual: Jaga ditangkap di Tawau 

22 Nov 2025 • 10:26 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Polis menangkap seorang pengawal keselamatan warga tempatan yang disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pekerja wanita di sebuah kedai runcit di Kampung Andrassy, hujung minggu lepas.

Ketua Polis Daerah ACP Jasmin Hussin berkata lelaki berumur 26 tahun itu diberkas di hadapan sebuah kedai tayar di Jalan Apas kira-kira jam 1.30 pagi Khamis.

“Tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dalam serbuan hasil maklumat yang diterima berdasarkan laporan daripada mangsa yang berumur 20 tahun”, katanya.

Jasmin berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila suspek menghampiri mangsa yang bertugas di kaunter pembayaran di sebuah kedai runcit.

Lelaki itu dilaporkan secara tiba-tiba menyentuh bahagian badan pekerja wanita itu sehingga menyebabkan mangsa bertindak menepis tangan suspek sebelum segera membuat laporan polis.

“Polis turut merampas sehelai baju hitam dan sebuah beg berjenama yang dipercayai digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah itu,” katanya.

Menurutnya, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan jenayah kekerasan dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Pemeriksaan latar belakang suspek mendapati pengawal keselamatan itu memiliki rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Kami menggesa orang ramai khususnya wanita yang bekerja bersendirian supaya lebih berhati-hati dan segera melaporkan sebarang kejadian jenayah termasuk jika mengalami gangguan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved