Gangguan Sementara Perkhidmatan MyDebit CIMB Pada 14, 25 Dan 26 Oktober 2025

Digital
6 Oct 2025 • 5:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad memaklumkan bahawa akan berlaku gangguan sementara perkhidmatan MyDebit pada bulan Oktober 2025 berikutan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual yang telah dirancang.

image is not available

Gangguan ini dijadualkan berlaku pada hari Selasa, 14 Oktober 2025 dari jam 12:00 tengah malam hingga 2:00 pagi. Ia akan disusuli dengan dua hari berturut-turut iaitu pada hari Sabtu, 25 Oktober 2025 dan Ahad, 26 Oktober 2025 dengan masing-masing dari jam 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi.

Pihak pengurusan CIMB memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh gangguan ini dan amat menghargai sokongan berterusan daripada para pelanggan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan atau melayari laman web rasmi bank.