Vivo V60 Lite 5G Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 9 Oktober 2025

LocalTechnology
6 Oct 2025 • 6:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

vivo mengumumkan bahawa pelancaran model terbaharu mereka vivo V60 Lite akan berlangsung di Malaysia pada 9 Oktober 2025. Peranti ini dijangka menjadi penerus kepada siri vivo V60 yang terkenal dengan fokus terhadap rekaan elegan, prestasi dan sistem kamera berkualiti tinggi. vivo V60 Lite juga berpotensi menjadi pilihan lebih mampu milik dalam barisan tersebut.

image is not available

Antara sorotan utama peranti ini ialah skrin AMOLED bersaiz 6.77 inci dengan kadar segar semula 120Hz bagi memberikan pengalaman paparan yang terang. Ia dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 7369-Turbo serta bateri 6,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W sesuai untuk penggunaan yang berpanjangan.

image is not available

Dari segi kamera, vivo V60 Lite dilengkapi dengan kamera utama 50MP Sony IMX8822 yang menyokong ciri Aura light untuk hasil imej lebih jelas. Peranti ini turut menawarkan konfigurasi memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB serta menyokong rangkaian 5G.

image is not available

Tempahan awal kini dibuka dengan bayaran serendah RM1 sahaja dan pelanggan berpeluang menerima pelbagai hadiah menarik termasuk e-baucar bernilai RM30, Vivo Buds, kotak eksklusif serta perlindungan selama setahun yang merangkumi kerosakan skrin hadapan dan panel belakang.