Ikan Perak mahu dipopularkan, termasuk masakan ala Cina

LocalFood
23 Oct 2026 • 4:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ikan Perak mahu dipopularkan, termasuk masakan ala Cina

KUALA KANGSAR – Perak mahu mengangkat jenama Ikan Perak sebagai hidangan kepada orang ramai, selari dengan negeri ini sebagai pengeluar dan penyumbang pendaratan ikan terbesar di Malaysia

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohd. Ghazali A. Manap berkata, beberapa jenis ikan yang didaratkan terutamanya di Sungai Perak seperti temoleh mahu dipopularkan.

Katanya, usaha itu termasuk dengan cara mempelbagaikan jenis masakan seperti masakan ala Cina selain menu tradisi Ikan Pindang Daun Seniar.

Beliau berkata, Jabatan Perikanan juga mahu menjadikan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak di Lebuh Raya Utara-Selatan sebagai lokasi terkenal untuk menjamu Ikan Perak.

Jelasnya, idea itu mahu mencontohi kejayaan R&R Temerloh di Pahang yang popular dengan masakan Ikan Pahang terutama patin.

“Kenapa tidak perkara yang baik ini kita kembangkan untuk negeri Perak, sebab Perak merupakan pengeluar utama ikan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis peluncuran Fiesta Ikan Perak Tahun 2026 yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun di R&R Sungai Perak dekat sini hari ini.

Semasa majlis itu juga, lebih 10,000 ekor benih ikan baung dan temoleh dilepaskan ke Sungai Perak dalam usaha meningkatkan populasi spesies tersebut.

Mohd. Ghazali berkata, usaha berterusan dijalankan oleh Jabatan Perikanan bagi memburu ikan asing agar tidak menjejaskan hidupan asal di Sungai Perak sehingga menggugat ekosistem dan sumber tempatan. – KOSMO! ONLINE

The post Ikan Perak mahu dipopularkan, termasuk masakan ala Cina appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved