Gara-gara adegan usap janggut guna kaki, drama Bidaah terima kecaman

EntertainmentMovie
10 Mar 2025 • 1:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Drama Bidaah terima kecaman

Pelakon Vanidah Imran dan Faizal Hussein menjadi bualan hangat ramai gara-gara melakonkan sebuah adegan yang dianggap tidak sopan untuk ditonton oleh netizen terutamanya pada bulan ramadan.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia berkongsi potongan babak drama Bidaah lakonan dua selebriti tersebut dimana Vanidah memegang watak sebagai Ummi Rabiatul manakala Faizal sebagai Walid Muhammad.

Drama Bidaah terima kecaman

@purestpixels

Replying to @Sirap Susu u asked for it BidaahSeries

♬ original sound - malaysia tribune - malaysia tribune

Dalam perkongsian tersebut, tindakan Vanidah yang mengusap janggut Faizal menggunakan kaki sambil berbaring berhadapan Faizal di sebuah katil.

Pun begitu, adegan tersebut mendapat kecaman ramai kerana babak itu dilihat tidak sesuai untuk ditonton oleh lapisan masyarakat khususnya golongan kanak-kanak dan remaja.

Drama Bidaah terima kecaman

image is not available

image is not available

image is not available

Jaga sensitiviti umat Islam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memohon agar pihak penerbit dan pengarah sesuatu drama menapis drama di platform penstrimam internet sebelum disiarkan kepada orang ramai khususnya pada bulan yang mulia.

Bagi netizen, adegan tidak senonoh atau babak berunsur lucah perlu dihentikan di dalam drama di Malaysia demi menjaga sensitiviti umat Islam.

image is not available image is not available image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available image is not available image is not available

Ada peminat kecewa

Dalam pada itu, tidak terlepas juga ada segelintir peminat meluahkan rasa kecewa dengan lakonan dua pelakon tersebut dan mereka berharap penggiat seni tanah air lebih peka sebelum menerima tawaran daripada mana-mana produksi.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Selain Vanidah dan Faizal, barisan pelakon lain yang membintangi drama Bidaah adalah Fattah Amin, Riena Diana, Marissa Yasmin, Hasnul Rahmat, Fazlina Ahmad Daud, dan Fathia Latiff.

Sumber: TikTok @purestpixels