Gara-gara Beri Makan Anjing, Lelaki Ini Didenda Hampir 7 Ribu

21 Oct 2022 • 9:39 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Didenda sebanyak RM 6850 ribu

Gara-gara Beri Makan Anjing, Lelaki Ini Didenda Hampir 7 Ribu. Seorang pelancong muda didenda A$2,300 (RM6,850) baru-baru ini kerana memberi makan biskut kepada seekor anjing liar dikenali sebagai dingo di Pulau K’gari.

image is not available
Gara-gara Beri Makan Anjing, Lelaki Ini Didenda Hampir 7 Ribu. Sumber: Astro Awani

Seorang pelancong muda didenda A$2,300 (RM6,850) baru-baru ini kerana memberi makan biskut kepada seekor anjing liar dikenali sebagai dingo di Pulau K’gari.

Namun, perbuatannya itu telah dirakamkan oleh orang awam.

Insiden itu berlaku pada April lalu namun susulan siasatan Jabatan Alam Sekitar dan Sains (DES) Queensland, lelaki itu kemudian didenda RM6,850 dalam minggu ini.

Khuatir mampu diancam bahaya

Pengurus pematuhan DES, Mike Devery dalam satu kenyataan berkata, seorang orang awam memberitahu renjer bahawa lelaki itu berada di hadapan barisan kenderaan semasa dia menunggu feri di Hook Point pada April lalu.

image is not available
Dingo

Devery berkata, lelaki itu kemudian mengaku memberi makan kepada anjing liar itu.

Memberi makan kepada anjing itu adalah dilarang kerana ia boleh menyebabkan haiwan itu mendekati orang ramai untuk mendapatkan makanan sekali gus boleh menyebabkan mereka berada dalam keadaan bahaya.

Baca lagi artikel terkini: