Gara-gara Dijodohkan Keluarga, Wanita Luah Masih Tak Cinta Pada Suami Walaupun Sudah Punya 7 Cucu

Entertainment
1 Mar 2024 • 2:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah kahwin bertahun-tahun tapi sampai sekarang masih tak mencintai suami sendiri? Meskipun kisah ini kedengaran agak pelik, namun inilah yang dikongsikan oleh seorang wanita dalam sebuah rancangan TV terkenal di Indonesia, Siraman Qolbu.

Rancangan yang dihoskan pengacara yang juga seorang ustazah dipanggil Mamah Dedeh ini menyaksikan seorang wanita membuat luahan tentang kisah hidupnya.

Dalam video yang tular di TikTok MNCTV, wanita itu mengatakan bahawa dia telah dijodohkan oleh keluarga dengan seorang lelaki yang mana pada awalnya dia membantah perkahwinan tersebut.

Namun disebabkan ibunya jatuh sakit, dia terpaksa akur dengan permintaan keluarga dan sudah berkahwin sehingga kini serta memiliki tujuh orang cucu.

@officialmnctv

Menikah karena dijodohkan, jadi belum ada rasa cinta sampai tua. Dosakah jika begini? #SiramanQolbu #MamahDedeh #ceramah #rumahtangga

♬ suara asli – MNCTV – MNCTV

Namun agak mengejutkan apabila wanita ini memberitahu setelah dia berkahwin sekian lama, dia masih belum ‘ada rasa’ terhadap suaminya.

Kenyataan itu telah mengundang respon ‘pedih’ daripada Mamah Dedeh yang mengatakan wanita itu kurang bersyukur.

Anda wanita yang kurang bersyukur. Orang lain yang tak punya suami berdoa supaya ada suami.

“Orang tua mana yang tak mahu anaknya senang dan bahagia? Saya yakin seyakinnya orang tua Seri menjodohkan orang inilah lelaki yang terbaik untuk kamu.

“Cuma batin anda tidak menerima anda dijodohkan, makanya anda memberontak. Ertinya anda kufur nikmat,” katanya.

Mamah Dedeh juga meminta wanita itu untuk memohon keampunan daripada Allah SWT dan suaminya.

Menerusi video itu juga, wanita berkenaan dilihat meluahkan perasaan sedihnya pada suami dan memohon maaf atas kekhilafannya kerana tidak melayan suami dengan sepenuh hati.

Video berkenaan telah mengundang sebak di hati netizen dan bersimpati dengan nasib wanita itu serta suaminya.

Sebak min tengok. Apa-apapun kita doakan semoga makcik ini dapat reda dengan takdir yang ditentukan Tuhan.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.