
Seorang wanita terkilan dengan sikap suami yang lebih memihak keluarganya dalam hal-hal yang berkaitan dengan harta pusaka. Kisahnya apabila wanita yang merupakan anak yatim piatu dan anak tunggal ini sudah berkahwin dan boleh dikatakan baru kehilangan ayahnya pada Disember lepas.
Arwah ibu bapanya ada meninggalkan harta pusaka iaitu sebiji rumah dan kereta untuk kemudahan wanita ini, namun memandangkan diri dah dikira sebagai ‘sebatang kara’, keluarga suaminya cuba ambil kesempatan.
Artikel berkaitan : Tular Kena Bebel Dengan Bakal Ibu Mentua, Gadis Nafi Tuduhan Sengaja Buat ‘Content’
Artikel berkaitan : Sering Beri Layanan Buruk Kepada Arwah Suami, Wanita Dedah Ibu Mentua Terima ‘Kifarah’ Di Hujung Usia
Dalam luahan yang dikongsikan secara anon di platform X, wanita ini menjelaskan bahawa keluarga mentuanya meminta dia untuk tukar hak milik nama dan kereta tersebut kepada suaminya atas alasan suaminya ketua keluarga dan orang yang mencari nafkah.
i hope anyone facing problem mcm ni tahu yg dia sedang digunakan. Ada org nk rampas harta ko & bila2 masa ko kena tendang. Ko sedar kan situasi ni tp ko cuba deny. Just kick your jantan, dia x layak digelar suami pun. Just jantan belen dgn mak mertua gila harta https://t.co/FciHP9d5Y7
— Moga Semua Murah Rezeki & Diprmudahkan Urusan Amin (@iyesayaye) February 26, 2024
“Saya bekerja dan ada pendapatan sendiri, jadi saya tak rasa saya ni jadi bebanan suami pun. Saya tak setuju dengan permintaan mentua dan suami. Sekarang suami dah pindah keluar dari rumah dan duduk dengan keluarganya.”
Disebabkan itu, dia kini duduk berseorangan setelah suaminya enggan pulang ke rumah walaupun sudah cuba berbincang dan berbaik. Fikirannya juga terganggu kerana arwah ayah baru sahaja meninggal dunia selepas seminggu dia berkahwin.
Jelasnya hidupnya kini begitu sunyi, hanya kerja dan luangkan masa di rumah kerana rakan-rakannya sudah berjauhan dan bawa haluan sendiri.
Hurm bagi min, untuk zaman sekarang macam mana pun, kena ada simpan sesuatu untuk kita juga, seperti yang diperkatakan di platform X ini mungkin wanita ini telah dipergunakan. Min doakan insan ini tabah dan dapat cari jalan penyelesaian dengan baik.
Sumber : X
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

