
Seorang personaliti media sosial baru-baru ini terpalit dengan kontroversi apabila dia membuat satu kenyataan menjelaskan pendiriannya tentang mengapa dia tidak membuat sebarang perkongsian berkenaan dengan nasib yang menimpa rakyat di Palestin sekarang.
Selain itu, dia juga ada memberikan sebab dan penjelasan kenapa tidak membuat sebarang perkongsian dan menyebarkan kesedaran mengenai hal ini. Oleh sebab itu, pempengaruh, Syamimia didakwa sudah kehilangan lebih daripada 100K jumlah pengikut.
Artikel Berkaitan : “Takut kena banned ke?” – Netizen Tak Setuju Alasan Influencer Kenapa Tak Kongsi Isu Palestin
Artikel Berkaitan : Dikecam Duduk Rumah Flat Tapi Pakai Perabot Mewah, TikToker Tampil Beri Penjelasan
Perkara itu diperhatikan oleh netizen menerusi platform media sosial X. Menurut warganet, ia berlaku berikutan ‘penangan’ yang diberikan oleh rakyat Malaysia jika seseorang pempengaruh itu cuba memberikan sebarang kenyataan yang tidak masuk akal berkenaan isu Palestin.
Teruk damage Syamimia buat kalini hilang 100K followers.
Jangan main-main ya pasal Palestine orang Malaysia ni bagai cubit peha kiri peha kanan terasa, saudara seislam dan seperti adik-beradik dah dengan Palestine. Any stupid statements against Palestine they will fight. pic.twitter.com/yqSNfmjSgE
— (@OmgItsSaraa_) October 17, 2023
Dalam masa yang sama, netizen menyangkakan bahawa jumlah pengikutnya berkurangan berpunca daripada kenyataan yang dikongsikan menerusi IG Story miliknya sebelum ini.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian di IG Story milik Syamimia, dia kini sedang aktif membuat perkongsian berkenaan dengan Palestin.
Sumber: X
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


