Gara-gara Jalan Berlapis Dan Diturap Ala Kadar, Lelaki Ini Kongsi Jadi Mangsa Kemalangan Di Samarahan

4 Feb 2023 • 1:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Masalah jalan raya di Samarahan ibarat tiada kesudahan

Gara-gara Jalan Berlapis Dan Diturap Ala Kadar, Lelaki Ini Kongsi Jadi Mangsa Kemalangan Di Samarahan. Baru-baru ini seorang penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan akibat jalan berlapis dan hanya diturap separuh jalan di Samarahan.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah bulatan di Samarahan berdekatan dengan Pusat Jantung Sarawak. Akibat daripada kemalangan itu, beliau mengalami luka parah pada bahagian siku dan tangan.

Kejadian itu telah dikongsi oleh pihak Samarahan Edition menerusi laman Facebook mereka.

image is not available
Gara-gara Jalan Berlapis Dan Diturap Ala Kadar, Lelaki Ini Kongsi Jadi Mangsa Kemalangan Di Samarahan. Kredit: Samarahan Edition

Dalam perkongsian tersebut, mangsa meminta pihak yang bertanggungjawab segera menurap jalan tersebut dengan sebaiknya.

Pihak bertanggungjawab sambil lewa dan cuai

Hal ini bagi mengelakkan lebih ramai pengguna jalan raya yang lain menjadi ‘mangsa keadaan’ di atas kecuaian dan sikap sambil lewa ‘pihak’ lain.

image is not available

Bukan itu sahaja, kejadian itu telah menimbulkan perdebatan antara netizen.

Ini pula reaksi netizen

Antaranya, ada yang mendakwa laluan tersebut ibarat tiada perubahan dari segi penyelenggaraan.

Tambahnya, setiap kali melalui jalan tersebut muncul perasaan ‘takut’ kerana keadaan jalan yang tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berwajib. Sangat menyedihkan.

image is not available

Berang dengan kejadian itu, ada juga netizen menyelar tindakan pihak berwajib kerana menjalankan kerja secara ala kadar hingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

image is not available

Simpati dengan nasib lelaki itu, rata-rata netizen menyokong perkongsian lelaki tersebut. Difahamkan, keadaan jalan yang tinggi sebelah akibat hanya diturap separuh jalan sememangnya membahayakan orang awam lebih-lebih lagi malam hari.

Tambah pula, keadaan jalan di bulatan Samarahan itu gelap gelita kerana tidak dipasang lampu jalan ibarat ‘perangkap maut’ buat pengguna motosikal yang melalui bulatan tersebut malam hari.

image is not available

Baca lagi artikel terkini di sini: