“Gara-gara Jerebu” – Acara Larian Dalam 2 Pusat Beli-belah Raih Perhatian Ramai [Video]

23 Oct 2026 • 3:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Situasi jerebu yang berlarutan hingga ke hari ini telah menyebabkan pelbagai urusan rakyat Malaysia terjejas. Malah ramai juga yang terpaksa menangguhkan aktiviti luar kerana udara yang tidak bersih termasuklah buat mereka yang selalu beriadah atau menyertai acara sukan.

Bagaimanapun, komuniti larian Worst Pace Scenario Run Club tidak menjadikan jerebu sebagai penghalang untuk kekal aktif.

Pada Rabu lalu (21 Oktober), sebuah acara larian dipanggil RUN Nº012 telah dianjurkan di dalam pusat membeli-belah The Starhill, Bukit Bintang.

Anjur Larian Dalam Mall Kerana Jerebu Berpanjangan

Menurut penganjur, ini merupakan kali pertama acara larian besar-besaran dijalankan di dalam pusat membeli-belah. Difahamkan, larian itu berlangsung di dalam pusat membeli-belah kerana keadaan cuaca yang tidak menentu termasuklah situasi jerebu pada ketika ini.

Menerusi video dikongsi di Instagram (@worstpacerc), kelihatan para peserta melakukan regangan sebelum memulakan larian.

Larian Dijalankan Di Dua Aras The Starhill, Bukit Bintang

Larian bermula di tingkat 1 dan diteruskan ke aras seterusnya. Meskipun ruangan tersebut agak terhad jika dibandingkan di kawasan terbuka di luar, namun acara dilihat berjalan dengan lancar. Tidak bersesak dan aliran peserta yang berlari pun kekal teratur.

“POV: Bila komuniti kau tak nak biarkan jerebu menang,” tulis Worst Pace Scenario Run Club di dalam video berkenaan.

Larian itu bermula jam 8.15 pada malam tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Worst Pace Scenario Run Club (@worstpacerc)

Acara Larian Dalam Mall Turut Dianjurkan Di Atria Shopping Gallery

Selain di Starhill, terdapat satu lagi acara larian yang dianjurkan di Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya di Petang Jaya dengan kerjasama Active Chimp.

Sesi pertama berlangsung pada 21 Oktober lalu, manakala bagi sesi kedua akan berjalan pada Rabu minggu hadapan (28 Oktober).

View this post on Instagram

A post shared by Atria Shopping Gallery (@atriadj)

Peserta Luah Rasa Seronok Selepas Sertai Event Larian Dalam Mall Di The Starhill

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peserta dilihat berpuas hati dengan acara larian yang unik itu.

“Terima kasih sebab anjurkan larian dalam pusat membeli-belah. Seronok dan pengalaman yang unik,” kata seorang wanita.

“Larian pertama dalam mall! Memang best,” tambah seorang lagi wanita.

Lari Dalam Pusat Beli-belah Tak Semestinya Sihat – Bekas Coach Skuasy 

Bagaimanapun seorang bekas pelatih sukan skuasy berkata berlari dalam pusat membeli-belah tidak bermaksud peserta menghidu udara bersih.

“Berlari dalam pusat membeli-belah tak semestinya korang bersenam dalam keadaan sihat. Saya ukur bacaan (zarah pencemaran udara) PM2.5 sebanyak 113 (bersamaan 181 Indeks Pencemaran Udara) di dalam mall lain pada 20 Oktober jam 4 petang. Walaupun aircond dipasang sepenuhnya.

“Kebanyakan pusat membeli-belah tak menggunakan sistem penapisan HEPA, sebaliknya hanya mengitar semula udara yang tercemar dengan jerebu. Kalau nak betul-betul selamat, bersenam dalam ruang tertutup yang dilengkapi penapis udara. Pakailah pelitup muka N95,” katanya.

‘Ramai Orang Lari & Berpeluh, Tak Bahang Ke?’ – Netizen

Netizen di laman Threads pula tertanya-tanya tentang aspek pengudaraan di dalam pusat beli-belah itu memandangkan ramai peserta akan berlari dan bersenam di ruang tertutup.

“Saya cuma tertanya-tanya, adakah penghawa dingin akan dipasang? Macam mana pula dengan sistem pengudaraan? Sebab bila ramai orang berlari dan bersenam dalam bangunan, mesti keadaan akan jadi agak bahang dan berpeluh kan? Saya rasa acara ni akan diadakan di luar waktu operasi kedai betul tak?

“Saya memang berminat sebab saya pun seorang pelari, tapi dalam masa yang sama, ada juga beberapa perkara yang saya risaukan,” soal seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Gara-gara Jerebu” – Acara Larian Dalam 2 Pusat Beli-belah Raih Perhatian Ramai [Video]
Image from: “Gara-gara Jerebu” – Acara Larian Dalam 2 Pusat Beli-belah Raih Perhatian Ramai [Video]
Image from: “Gara-gara Jerebu” – Acara Larian Dalam 2 Pusat Beli-belah Raih Perhatian Ramai [Video]
Image from: “Gara-gara Jerebu” – Acara Larian Dalam 2 Pusat Beli-belah Raih Perhatian Ramai [Video]
Image from: “Gara-gara Jerebu” – Acara Larian Dalam 2 Pusat Beli-belah Raih Perhatian Ramai [Video]
Image from: “Gara-gara Jerebu” – Acara Larian Dalam 2 Pusat Beli-belah Raih Perhatian Ramai [Video]
Sumber: Threads
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved