Jerebu: Larian Kita sempena Jubli Perak Sultan Selangor ditangguh

7 Oct 2026 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jerebu: Larian Kita sempena Jubli Perak Sultan Selangor ditangguh

SHAH ALAM, 7 OKT: Acara Larian Kita sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang dijadual berlangsung 10 Oktober ini ditangguhkan.

Urus setia program memaklumkan penangguhan itu selaras dengan titah Sultan Selangor berikutan kebimbangan keadaan jerebu semasa demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua yang terlibat.

“Segala maklumat lanjut berhubung tarikh baharu dan pelaksanaan program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi penganjur.

“Pihak urus setia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas perhatian dan kerjasama semua pihak berhubung perkara ini,” maklumnya menerusi Instagram hari ini.

Larian Kita yang dijadual berlangsung pada Stadium Sultan Suleiman Klang pada 10 Oktober dianjurkan sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun Sultan Selangor (2001-2026) bermula September hingga November.

Antara majlis diadakan sempena sambutan adalah menyantuni anak-anak yatim kembara Semenanjung dengan penerbangan dan pelancaran Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC) di Cyberjaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved