Gara-gara Kejar Ambulans Bawa Nenek, Pemandu Sebabkan Kemalangan Dengan 5 Kenderaan

Entertainment
30 Sep 2025 • 12:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara kejar ambulans yang membawa nenek ke hospital, seorang pemandu kereta jenis Perodua Bezza telah melanggar lampu isyarat di Kulim Hi Tech hingga menyebabkan kemalangan libatkan 5 kenderaan, semalam.

Menurut laporan Berita Harian, kemalangan 4 buah kereta itu turut babitkan sebuah motosikal yang dinaiki oleh 2 pelajar kolej berusia 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan, berkata kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang itu terjadi apabila sebuah Perodua Bezza sedang mengekori sebuah ambulans swasta dikatakan melanggar lampu isyarat merah.

Perbuatan itu kemudian menyebabkan Bezza berkenaan bertembung dengan Nissa Grand Livina yang dipandu oleh seorang wanita berusia 36 tahun yang berada di laluan sah.

image is not available

Akibat kemalangan itu, kereta jenis Nissan terbalik dan melanggar Protosn Saga serta Toyota Camry serta motosikal yang berada di lampu isyarat dari laluan bertentangan.

Kereta Perodua Bezza terbabit juga turut terbabas dan rosak teruk.

“Menurut siasatan awal, pemandu Perodua Bezza itu menyatakan dia sedang mengekori neneknya yang dibawa menaiki ambulans untuk ke sebuah hospital pakar di Butterworth, Pulau Pinang,” katanya.

Kejadian ini juga menyebabkan pelajar yang menaiki motosikal patah buku lali kaki kanan dan pemboncengnya luka di kaki dan tangan kanan.

Pun begitu, difahamkan pemandu kereta Proton Saga dan Toyota Camry tidak tercedera.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.