Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

8 Sep 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.

Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

Anggota-anggota penyelamat menemui kucing seberat hampir 17.23 kilogram itu tinggal di ruang bawah tanah sebuah hospital di Perm, Russia

Kucing diberi nama Kroshik itu mempunyai berat badan luar biasa itu selepas diberi makan oleh kakitangan hospital tersebut.

Sebuah pusat perlindungan haiwan kini berusaha untuk mengurangkan berat badan Kroshik  kepada sekitar 4.53 kilogram dan antara kaedah yang digunakan adalah senaman.

Kroshik dipercayai telah ditinggalkan oleh pemiliknya sebelum  menetap di ruang bawah tanah hospital itu.

Seorang anggota penyelamat berkata perkara ith merupakan satu kes yang sangat jarang berlaku.

“Kisah Kroshik adalah kes yang sangat jarang berlaku apabila seseorang sangat menyayangi kucing sehingga mereka sentiasa memberinya makan," katanya.

Sumber: Kosmo!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved