“Saiz macam kanak-kanak”- Kucing Obes Dengan Berat 17 KG Jadi Perhatian

Entertainment
8 Sep 2024 • 3:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seekor kucing dengan berat seperti seorang kanak-kanak kerana beratnya yang mencecah 17 kilogram telah menjadi perhatian ramai.

Memetik laporan Mirror UK, kucing yang mengalami obesiti itu telah diselamatkan dari ruang bawah tanah sebuah hospital di Rusia baru-baru ini.

image is not available

Difahamkan, beratnya mencecah hampir 20 kilogram, seakan berat seorang kanak-kanak kerana sering diberi makan biskut dan sup oleh pekerja-pekerja hospital tersebut.

Niat pekerja-pekerja hospital tu baik nak bagi kucing ni makan supaya ia tak lapar namun jadi obesiti pulak sebab terlebih makanan.

Kucing obesiti itu kemudiannya telah diselamatkan oleh kakitangan penyelamat haiwan (animal rescue) dan kini kucing tersebut berada di sebuah tempat perlindungan haiwan.

Difahamkan juga, disebabkan berat badannya yang berlebihan, kucing itu turut mengalami kesulitan untuk berjalan.

Bukan itu sahaja, doktor haiwan juga dikatakan tidak dapat menjalankan ultrasound scan terhadap kucing tersebut kerana lapisan lemaknya terlalu tebal.

image is not available

Si bulus itu kini sedang menjalani diet yang ketat oleh sukarelawan di pusat perlindungan haiwan itu supaya berat badan haiwan comel itu boleh diturunkan sekali gus kucing ini boleh berjalan seperti biasa.

Sumber: Mirror UK

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.