Tindakan dua lelaki menyamar sebagai anggota polis trafik akhirnya memakan diri apabila mereka masing-masing dikenakan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Dua lelaki menyamar jadi polis trafik, mengaku bersalah
Menurut laporan Kosmo! tertuduh, Wong Jiun Wei, 24, dan Lim Boon Ping, 40, turut berdepan hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Kedua-duanya mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.

Foto: Kosmo!
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyemar sebagai sebagai anggota polis trafik dan memperdaya dua remaja berusia 15 dan 17 tahun dengan meminta sejumlah wang sebagai balasan untuk tidak mengeluarkan saman atau membawa mereka kebalai polis.
Perbuatan itu dilakukan di hadapan sebuah restoran di Jalan Lebuh Bercham Selatan 1, Taman Ipoh Timur Baru sekitar pukul 12.38 pagi pada 1 November 2025.
Dalam prosiding tersebut, peguam bela K. Nathan yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman denda yang munasabah dan mampu bayar oleh anak guamnya.
“Tertuduh pertama, Jiun Wei bekerja sebagai jurueletrik manaakal Boon Ping pula pembantu kedai makan dengan pendapatan kira-kira RM1500 sebulan. Kedua-duanya menyesal atas perbuatan mereka dan berjanji tidak akan mengulanginya,” katanya.

Foto: Buletin TV3
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 setiap seorang sebagai pengajaran agar tidak mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan.
Sumber: Kosmo! (Asliza Musa)
The post Gara-Gara Menyamar Sebagai Polis Trafik, Dua Lelaki Didenda RM5,000 appeared first on Borak Daily.


