Garis panduan Program Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat Berkuatkuasa 20 September 2024 

LocalPolitics
20 Sep 2024 • 11:32 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Garis panduan Program Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat Berkuatkuasa 20 September 2024

PUTRAJAYA, 20 SEPTEMBER 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengumumkan pelaksanaan inisiatif grid terbuka menerusi pengenalan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat atau Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) pada 26 Julai 2024.

Pelaksanaan Program CRESS akan menyediakan opsyen pembekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pengguna korporat bagi membolehkan syarikat korporat memenuhi komitmen environmental, social and governance (ESG) dalam aspek penggunaan bekalan elektrik hijau melalui konsep akses pihak ketiga.

Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan garis panduan khusus sebagai panduan regulatori kepada pihak industri dan berkepentingan yang berhasrat menyertai program CRESS.

Garis Panduan Corporate Renewable Energy Supply Scheme ini akan berkuatkuasa mulai 20 September 2024 dan mana-mana pihak yang berminat boleh memuat turun dokumen ini melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my .

PETRA yakin pelaksanaan program CRESS akan menyokong dan menjadi pemangkin pembangunan serta aspirasi peralihan tenaga sektor bekalan elektrik, terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) daripada 26% bersamaan dengan 10.6GW kepada 40% menjelang tahun 2035 dan 70% pada tahun 2050.

Inisiatif ini juga akan memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan jejak karbon sektor bekalan elektrik selain mengurangkan kebergantungan sistem bekalan elektrik negara kepada sumber bahan api fosil.